Friday, May 12, 2017

PENGINTEGRASIAN

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



PENGENALAN
      Teknologi pendidikan adalah satu pendekatan yang dipadukan secara harmoni kepada masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
      Ia melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan belajar, perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia dapat menimbulkan rangsangan, kefahaman dan membolehkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan (Mohd Yusuf & Noor 2001).
KONSEP DAN DEFINISI
      Proses integrasi teknologi merupakan satu perubahan berterusan, pembelajaran dan pembangunan.
      Pengintegrasian teknologi dalam PdP merupakan satu cabaran kepada dunia pendidikan.
      Penggunaan teknologi dalam PdP, bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar, tetapi sesuatu yang lebih penting iaitu satu rangsangan terhadap pelajar untuk bertindak, berfikir dan mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.
KEPENTINGAN
  1. Menarik perhatian murid
  2. Memotivasikan murid
  3. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
  4. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
  5. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
  6. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran
  7. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid
  8. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah




PELAKU


SISTEM PENDIDIKAN MASYARAKAT INDUSTRI

SISTEM PENDIDIKAN MASYARAKAT MAKLUMAT

Guru


      Pencetus pengajaran
      Pengajaran secara keseluruhan kelas
      Menilai pelajar
      Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah

      Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran
      Bimbing pelajar belajar kendiri
      Bantu pelajar menilai peningkatan diri  sendiri
      Meletakkan tahap komunikasi pada tahap yang tinggi

Pelajar

      Kebanyakannya pasif
      Belajar kebanyakannya di sekolah
      Sukar dalam kerja berkumpulan
      Ambil soalan dari buku dan guru
      Belajar menjawab soalan
      Minat belajar rendah

      Lebih aktif
      Belajar di sekolah dan di luar sekolah
      Lebih kerja kumpulan
      Bertanya soalan
      Mendapatkan jawapan untuk menjawab soalan
      Minat yang tinggi






Persekitaran Pembelajaran Tradisional

Persekitaran Pembelajaran Kini

Pemusatan guru

Pemusatan pelajar

Simulasi satu cara/arah

Pelbagai simulasi

Perkembangan satu laluan

Pelbagai laluan perkembangan

Satu media

Pelbagai media

Kerja bersendirian

Kerja secara kolaboratif

Menyalurkan maklumat

Bertukar maklumat


Inkuiri-penemuan

Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta

Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat

Maklum balas reaktif

Tindakan proaktif/merancang

Konteks  terpisah dan tidak benar

Konteks dunia nyata

Pembelajaran pasif

Pembelajaran aktif/penerokaan


JENIS INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  1. Aplikasi pemprosesan perkataan
  2. Aplikasi persembahan elektronik
  3. Aplikasi pangkalan data
  4. Integrasi internet
  5. Integrasi pakej pembelajaran



IMPAK PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  1. Menjimatkan masa
  2. Hasil kerja lebih kemas dan menarik
  3. Perkongsian maklumat
  4. Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran
  5. Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  6. Pelaksanaan aktiviti lebih mudah dan bersifat menyeluruh

CABARAN DAN HALANGAN
Cabaran 
      Kemahiran teknologi maklumat guru
     Guru perlu mengetahui tentang :
      Terminologi perkakasan komputer
      Mengenali had keupayaan komputer dalam PdP
      Mengetahui lokasi untuk memperoleh sumber maklumat daripada komputer
      Kebolehan berbincang mengenai sejarah penggunaan komputer dalam pengajaran
      Memahami impak penggunaan komputer ke atas nilai moral dan kemanusiaan.
      Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
     Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu (Anderson, 1983).
     Merujuk kepada pengetahuan teknologi, terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar, 1997 dalam Johan, 2005).
     Menurut Levine dan Donitsa-Schmidit (1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat.
      Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran
     Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain.
     Guru-guru lama jarang menggunakan teknologi dalam PdP berbanding guru baru.
HALANGAN
  1. Bilangan komputer tidak mencukupi
  2. Gangguan talian internet
  3. Masa pengajaran yang tidak mencukupi
  4. Kurang bantuan teknikal
  5. Tidak mempunyai masa untuk menambah kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
  6. Guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian
  7. Kurang latihan yang efektif

INOVASI
      Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain.
      Dalam ertikata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.
      Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi.
      Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
      Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses dan teknologi.
PENUTUP
Kesimpulannya, perkara yang lebih  penting dalam pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran  ini adalah kebolehan guru untuk menyesuaikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana. matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus.







RUJUKAN LAIN:

RUJUKAN 1

RUJUKAN 2

RUJUKAN 3

RUJUKAN 4

Tuesday, May 9, 2017

MAKLUMAT KAMI

SUPARDI BIN LASUPU
D20131063328
NURUL RAFINA BINTI RUZUWAN
D20131063329
NUR FATIN BINTI MOHD ZALI
D20131063291
FAZILAH BINTI ZAKARIA
D20131063303
UMMI SHOLEHAH BINTI MOHAMED
D20131063305

HALAMAN UTAMA

nota halaman utama

KARANGAN


NOTA

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

LATIHAN

RUMUSAN

NOTA

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

LATIHAN


TATABAHASA

NOTA

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

LATIHAN


KOMSAS

NOTA

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

LATIHAN


INFO BAHASA

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
 
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
 



Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan
5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.