KARANGAN: LATIHAN

KARANGAN
BAHAGIAN A

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai lebih daripada satu bahasa dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






BAHAGIAN B
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan banyak pihak meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun permasalahan ini masih mengalami jalan buntu untuk diselesaikan.
Bincangkan cara- cara untuk mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja kini.
2. Perkembangan teknologi maklumat kini menimbulkan kecenderungan kepada anak- anak untuk melayari internet terutama yang melibatkan unsur- unsur negatif.
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam menangani permasalahan ini.
3. Pelbagai kemudahan pengangkutan awam telah disediakan oleh kerajaan demi keselesaan anggota masyarakat. Sebagai seorang wartawan sebuah akhbar harian, anda diminta mewawancara Setiausaha Menteri Pengangkutan tentang cara- cara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya.
4. Negara kita amat menggalakkan hubungan diplomatik dengan negara- negara serantau. Hubungan diplomatik ini telah memberi pelbagai impak dalam pelbagai bidang.
Tulis sebuah rencana tentang langkah- langkah yang dapat dilakukan untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara negara kita dengan negara- negara serantau.
5. Genre Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti pantun, gurindam, syair dan seloka semakin dilupakan oleh generasi muda pada hari ini.
Huraikan cara- cara untuk menggalakkan generasi muda meminati Puisi Melayu Tradisional ini.    
6. Remaja mestilah bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa depan. Mereka mestilah
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menempuh alam pekerjaan.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya pilihan anda.
7. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian.
Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
8. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri.
Bincangkan.
9. Kerjasama dan perkongsian Malaysia dengan negara-negara serantau seperti ASEAN mampu menjamin keselamatan dan kemakmuran negara.
Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama dan perkongsian yang telah dilaksanakan.
10. Aktiviti membaca karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dan mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan seseorang.

Berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca, buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment